Monday, April 23, 2012

Kesilapan Untuk Dipelajari


          Semua orang mengenali siapa Thomas Edison. Dia merupakan orang pertama yang menemui bahan untuk dijadikan filamen lampu. Namun, usaha beliau untuk mencari bahan yang sesuai itu bukanlah mudah kerana dia terpaksa melalui beribu-ribu penyelidikan. Hasil usahanya yang tidak mengenal erti putus asa dan jemu dapat dinikmati oleh kita semua sehingga ke hari ini.

          Pada suatu ketika, Thomas Edison telah mencuba sebanyak dua ribu bahan yang berbeza-beza untuk mencari filamen mentol yang sesuai untuk lampu.

          Keadaan ini menyebabkan terdapat pembantunya berasa tidak puas hati. Dalam pada itu, ada pembantunya mengadu, "semua kerja kita sia-sia. kita tidak mempelajari apa-apa."

          Thomas Edison menjawab dengan yakin,"Oh tidak, kita sebenarnya telah mempelajari terlalu banyak perkara."

          Tambahannya lagi, "kita telah mengetahui sebanyak dua ribu jenis bahan yang tidak boleh digunakan untuk membuat filamen mentol yang baik."

Fikir-fikirkan : Kesilapan yang dilakukan bukan untuk dikesali tetapi untuk dipelajari


 Laaillahaillah

Monday, April 18, 2011

P.Ramlee - Sabar



Beginikah derita hai orang yang sabar

Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan aku serahkan tetapkan iman


Lagu Petikan dari Filem Sabarudin Tukang Kasut
(1966), Lakonan&Arahan P.Ramlee


Laaillahailallah

Monday, March 7, 2011

Tapak Tangan

Dua tapak tangan ini
Tanda kebesaran-Mu
Anugerah tidak terhingga
Pada insan yang bernama manusia

Dengan keduanya
Kami menadah pada-Mu
Mohon kesenangan
Keselamatan
Kebahagiaan
Ketenangan
Dan segala macam kebaikan

Dengannya juga
Kami memohon dielakkan daripada kecelakaan
Daripada penyakit
Bencana
Kesusahan
Dan segala macam penderitaan

Sapuannya ke muka
Buat wajah bercahaya
Lurutannya ke muka
Buat hati berasa tenang
Usapannya ke kepala
Buat fikiran menjadi tajam

Dua tapak tangan ini
Moga menjadi wasilah
Kalam manusia sampai kepada Allah
Laaillahailallah

Wednesday, March 2, 2011

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Laaillahailallah

Tuesday, October 19, 2010

Betul Atau Tidak...Cubalah...

Dapatkah anda memandu kereta semasa hujan lebat?
Bagaimana pandangan anda semasa memandu dalam hujan lebat?
Kabur? Atau langsung tak nampak?
Adakah anda mengalami kesukaran memandu semasa hujan lebat?
Jika ya, terusakan membaca kerana kali ini saya akan mendedahkan
kepada anda satu petua yang memang berkesan untuk mencerahkan
pandangan memandu semasa hujan lebat.

Petua ini diajarkan oleh seorang polis trafik yang sangat berpengalaman
dalam aktiviti pemanduan. Beliau memang mempraktikkan petua ini
dan mengesahkan keberkesanannya. Petua ini sangat berkesan walaupun
pada waktu malam. Biasanya apabila hujan lebat dan pandangan menjadi
tidak jelas serta kabur, ramai diantara kita ni akan ON kan VIPER dengan
kelajuan yang maksimum. Zip zap zip zap zip zap...sampai nak tercabut
viper tu, punyalah laju. Tapi kesannya? Masih tidak mencukupi.
Sungguhpun kelajuan viper di tahap yang maksimum, pandangan masih
kelabu dan tidak jelas.

Haaa sekarang saya akan dedahkan petua ajaib bagaimana anda dapat
menyelesaikan masalah ini. Senang saja. Anda hanya memerlukan SPEK
MATA HITAM atau dalam bahasa omputih nya 'SUN GLASSES'. Yaa
dengan hanya memakai spek mata hitam, pandangan anda semasa hujan
lebat pasti akan menjadi lebih jelas. Tak caya? Cubalah!!! Spek mata hitam
jenis apa pun tak kisah. Samaada yang harga beratus2 RM ker atau yang
beli psaar malam, semuanya berkesan. Cubalah petua ini dan beritahu
kepada rakan2 anda sekiranya ianya memang berkesan. Pastikan anda
meletakkan sekurang2nya satu spek mata dalam kereta anda. Nanti kalau
hujan, senang. Boleh terus pakai. Tak payah nak ON viper laju2. kalau
hujan, terus saja pakai spek mata hitam tu dan pandangan anda menjadi
lebih jelas dan tidak kabur. Kalau ada duit, beli la spek mata yang
berkualiti. tapi kalau dah polai sangat, beli saja spek mata kat pasar
malam tu. harganya dalam RM10 jer...malah ada yang berharga RM5 jer.
LAAILLAHAILALLAH

Thursday, August 26, 2010

Adakah Kita Sedar

Adakah kita sedar?
waktu kecil kita lg hebat kekuatan jiwa berbanding saat kita dewasa...
saat berumur setahun, waktu kita blajar untuk langkah pertama?
jatuh, bangun lagi, jatuh, bangun lagi... dan seterusnya
hingga saat ini kita sudah pandai berjalan?
tidak pernah kenal erti lelah...

Adakah kita sedar?
kita adalah manusia yg naif?
kita seringkali terlupa...seringkali alpa...
seringkali menghargai setelah ianya pergi...
seringkali melupakan saat ia ada...
seringkali mengabaikan saat ia perlukan...
seringkali menyesali setelah smuanya terjadi...

Adakah kita sedar?
seringkali inginkan kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna...
seringkali inginkan yg terbaik walaupun kita bukan yg terbaik...
seringkali ingin menyalahkan walaupun kita banyak salah...
seringkali ingin menyayangi walaupun diri tidak disayangi?

Adakah kita sedar?
kita hanyalah ibarat seekor semut yg dilihat dr puncak KLCC?
nampak ke? xnampak kan...
betapa kerdilnya kita?
namun seringkali kita merasakan kita kuat, hebat...

Adakah kita sedar?
lebih baik kita kehilangan ego kerana yg tersayang...
drpd hilang yg tersayang kerana ego...

Adakah kita sedar?
lebih baik menyayangi dan menghargai saat dia ada
drpd menyesali setelah ia pergi?

Adakah kamu sedar wahai lelaki?
hati wanita ini sekeras kerak nasi...
andai diletak air lama2 lembut jua?

Namun...

Sememangnya kamu tidak sedar?
hati yg lembut ini mungkin bisa jadi sekeras kerikil2 di sungai...
tidak akan haus diterjah arus...
tidak akan hancur dipijak...
saat ianya dilukakan...

Adakah kamu sedar?
cinta itu sentiasa ada buatmu...
maaf itu sentiasa ada buatmu...
sayang itu sentiasa ada buatmu...
rindu itu sentiasa ada buatmu...
tangisan itu sentiasa ada buatmu...
derita itu sentiasa ada keranamu...

Namun...

sememangnya kamu tidak sedar?
akan tiba waktu... cinta, rindu, sayang, tangisan, derita,
maaf itu tiada lagi buatmu...
saat itu usah bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apa...
kerana semua itu telah lenyap di telan waktu...
kerana semua itu sudah hilang dr jiwa...

saat itu usah merayu...usah ditangisi sebuah kehilangan?
cukuplah kau jadikan ia kenangan terindah...
kerana kau pernah melepaskannya saat ia perlukan kamu?

jgn jadi insan yg terlwt utk menyedari cinta itu...
jgn jadi insan yg terlwt utk menyelamatkan cinta...
jgn jadi insan yg terlwt utk bertindak...
jgn jadi insan yg terlwt utk memohon maaf...

kerana dalam hidup... peluang kedua itu jarang sekali ada?
Laaillahailallah

Wednesday, August 25, 2010

Warkah Ramadhan

10 Kejayaan Di Akhir Ramadhan

1. Akidah semakin kukuh (bertambah utuh pegangan ketuhanan, tidak syirik dan murtad)

2. Iman semakin kuat (bertambah yakin kepada Allah S.W.T dan hari akhirat)

3. Syariat semakin mantap (kepatuian kepada hukum-hukum Agama)

4. Ibadah semakin meningkat (bertamabah taqarrub dekat diri dengan Allah S.W.T)

5. Amalan semakin diperbaiki (ruang memperbetulkan segala amalan dan meningkatkan amalan sunat)

6. Pembinaan akhlak mulia (Puasa adalah latihan pembinaan akhlak umat Islam yang berkesan)

7. Kerehatan pancaidera pencernaan (sebulan tempoh rehat / 80% punca penyakit dari perut)

8. Memperolehi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (Lailatul Qadar)

9. Muhasabah diri yang cemerlang (kesan doa dari keinsafan diri berkat Ramadhan)

10. Kembali kepada fitrah (kembali suci hati, sifat taabbudi dan meraikan kejayaan dengan Aidil Fitri)

10 Kejayaan Berakhirnya Ramadhan

1. Mendapatkan Rahmat Allah S.W.T (hanya dengan Rahmat sahaja muslim/muslimah dapat masuk syurga)

2. Mendapat Maghfirah Allah S.W.T (tawaran keampunan bagi yang bertaubat)

3. Mendapat Kebebasan api neraka Allah S.W.T (Kejayaan paling besar bagi yang tinggi nilai puasanya)

4. Mendapat Kesihatan (fizikal, mental, spiritual)anugerah Allah S.W.T (antara tujuan puasa untuk beribadah kepada Allah S.W.T)

5. Mendapat pahala berlipat ganda tanpa batas daripada Allah S.W.T (antara keistimewaan Ramadhan bagi yang benar-benar berpuasa dan beribadah dengan ikhlas di dalamnya)

6. Mendapat keredhaan Allah S.W.T (orang yang bersanggup menerima dan mematuhi semua perintah Allah S.W.T ialah orang redha kepada Allah S.W.T dan Allah S.W.T redha kepadanya)

7. Mendapat hidayah daripada Allah S.W.T (ada orang celik dalam buta dari jalan Allah S.W.T)

8. Mendapat kekuatan jiwa daripada Allah S.W.T (kekuatan untuk melawan nafsu dan syaitan)

9. Mendapat keinsafan diri terhadap Allah S.W.T (keinsafan paling bijak ialah ingatkan mati lalu segera membuat persiapannya)

10. Mendapat ketakwaan terhadap Allah S.W.T (takwa ialah bekalan mati yang paling baik)


Laaillahailallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...