Tuesday, June 8, 2010

8 Tanda Amalan Ikhlas kerana Allah

Ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara
sebagai berikut:

1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada
fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya
ia seorang yang berkebolehan . Kerana ia yakin bahawa Allah menerima
sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah,
lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada
dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

3. Lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada
diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia
lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana
berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup,
tegak dan kuat.

4. Baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi
kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat
dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di
barisan hadapan.

5. Tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa
kepada kemurkaan Allah Taala.

6. Suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya,
semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

7. Ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat
dapat memetik hasil dan lamabat mencapai kejayaan.

8. Gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan
perjuangan bersamanya.


Laaillahailallah

Wednesday, June 2, 2010

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi-pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia
berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan
menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia
bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudhu dan Lagi, berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama.
Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di
rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju
masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang pemuda lain
memegang lampu. Dia bertanya pemuda tersebut, dan pemuda itu
menjawab "saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."Pemuda pertama
mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Pemuda
kedua menolak. Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali-kali dan
lagi, jawapannya sama. Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak
untuk masuk dan solat. Pemuda kedua menjawab Aku adalah Syaitan.

Pemuda itu terkejut dengan jawapan pemuda kedua. Syaitan kemudia
menjelaskan, saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang
membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan
badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak
membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap
memutuskan kembali ke masjid.

Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya Khuwatir jika saya membuat mu jatuh untuk ketiga kalinya, jangan-
jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi
saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat.
Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari
setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang kamu lakukan
kerana kamu tidak pernah tau ganjaran yang akan kamu dapatkan dari
segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksankan
niat baik tersebut.


Laaillahailallah

Wednesday, May 26, 2010

Keserasian Dalam Berpasangan

Impian & harapan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pasangan sudah semestinya keserasian. Sebab daripada keserasian itu yang akan mencipta suatu hubungan kasih sayang yang kekal sehingga ke akhir hayat. Keserasian bukanlah sekadar bermaksud kedua-dua mereka itu mempunyai minat atau perkara yang sama, tetapi perlulah bertolak ansur serta perlu ada 'give and take' dalam melakukan sesuatu keputusan. Ni kalau dua-duanya ego, perang dunia yang ke-3 la jawabnya...

Di sini ada sedikit sebanyak kajian tentang keserasian sesuatu pasangan tersebut berdasarkan turutan kelahiran adik-beradik, tak kisah la kita boleh tengok dari sudut pasangan adik-beradik kita sendiri ataupun pasangan kekasih hati. Apa-apa pun bergantung pada korang untuk percaya atau tidak sebab ini sekadar suatu kajian, tetapi kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yamg boleh tentukan keserasian sesuatu pasangan tersebut.

Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperi ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyengkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan deengan anakl sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang sukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajarknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunakasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi pendamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperi anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia kan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhatil-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

"Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa danbersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya" (al-Hujarat:13)

Laaillahailallah

F.A.M.I.L.Y.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
Ibu tentu suka terutama yang unggu",

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini",

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala",

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
Dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu",

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
Syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
Akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat,

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukan begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"


Laaillahailallah

Tuesday, May 25, 2010

Apabila Cinta Berbalas

Apabila perasaan anda apabila cinta anda ditolak? Dan apa perasaan bila
cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah
Yang Maha Perkasa....Allah Rabbul Jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha
Pencipta.

1. Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak
berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat
setiap kali sebelum bertemu-Nya.

2. Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain.
Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-
cepat menjauhkan diri.

3. Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana
anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Aya-ayat cinta kau
luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya
melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda
tak kehilangan ISLAM.

5. Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya. Membela
agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang
melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta
anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau Yang Maha
Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup
kita ini perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang
lebih besar.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi
Allah, maka ikutilah Aku, Nescaya Allah mengasihi kamu dan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihi" (Ali Imran:31)
Laaillahailallah

Monday, May 24, 2010

6 Persoalan Dalam Kehidupan

1. Apakah yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Yang paling dekat denga kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati.(Ali Imran 185)

2. Apa pula yang PALING JAUH dari kita di dunia ini?

Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Apa yang PALING BESAR di dunia ini?

Yang paling besar di dunia ini adalah "NAFSU".
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
membawa kita ke neraka.

4. Apa yang PALING BERAT di dunia ini?

Yang paling berat di dunia ini adalah "MEMEGANG AMANAH".
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (Pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan
permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Apa yang PALING RINGAN di dunia ini?

Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat,
gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Apa yang PALING TAJAM di dunia ini?

Yang paling tajam di dunia adalah "LIDAH MANUSIA"
kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri.
Laaillahailallah

Tuesday, May 18, 2010

Muttaqin

Muttaqin bermaksud orang yang bertakwa. Dilihat pada sudut akhlak,
orang yang bertaqwa mempunyai watak dan budi pekerti yang mulia
dan tinggi, hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, berperibadi
terpuji, menjaga dan memelihara dirinya sendiri dan tidak merugikan
orang lain atau membuat kerosakan.

Imam Al-Ghazali memperincikan bahawa sifat-sifat taqwa itu akan
membentuk tujuh jenis watak dan sifat-sifat manusia baik :

1) Lidahnya terpelihara dari berbohong, mencela, mengumpat, menyakiti
hati orang lain dll

2) Hatinya terhindar dari sifat dengki, benci, pendendam dan lain-lain

3) Matanya terpelihara dari pandangan haram.

4) Perutnya tidak mahu memakan makanan haram.

5) Tangannya tidak digunakan untuk perbuatan dosa.

6) Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.

7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah semata-mata tidak kerana riak atau
mengharapkan pujian orang lain.
Laaillahailallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...