Tuesday, June 8, 2010

8 Tanda Amalan Ikhlas kerana Allah

Ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara
sebagai berikut:

1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada
fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya
ia seorang yang berkebolehan . Kerana ia yakin bahawa Allah menerima
sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah,
lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada
dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

3. Lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada
diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia
lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana
berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup,
tegak dan kuat.

4. Baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi
kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat
dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di
barisan hadapan.

5. Tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa
kepada kemurkaan Allah Taala.

6. Suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya,
semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

7. Ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat
dapat memetik hasil dan lamabat mencapai kejayaan.

8. Gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan
perjuangan bersamanya.


Laaillahailallah

Wednesday, June 2, 2010

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi-pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia
berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan
menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia
bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudhu dan Lagi, berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama.
Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di
rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju
masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang pemuda lain
memegang lampu. Dia bertanya pemuda tersebut, dan pemuda itu
menjawab "saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."Pemuda pertama
mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Pemuda
kedua menolak. Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali-kali dan
lagi, jawapannya sama. Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak
untuk masuk dan solat. Pemuda kedua menjawab Aku adalah Syaitan.

Pemuda itu terkejut dengan jawapan pemuda kedua. Syaitan kemudia
menjelaskan, saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang
membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan
badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya dan bahkan itupun tidak
membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap
memutuskan kembali ke masjid.

Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya Khuwatir jika saya membuat mu jatuh untuk ketiga kalinya, jangan-
jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi
saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat.
Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari
setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang kamu lakukan
kerana kamu tidak pernah tau ganjaran yang akan kamu dapatkan dari
segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksankan
niat baik tersebut.


Laaillahailallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...