Saya tidak akan menulis artikel ini dalam bentuk format atau norma.
Jika anda sebagai pembaca inginkan sesuatu yang lucu atau kelakar,
ini bukan bahan bacaan yang sesuai. Bacalah artikel ujang, gila-gila
atau gelagat serta majalah humor yang lain. Ini bukan satu hiburan,
ini adalah sesuatu peringatan.
Melihat kembali peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman
yang telah saya lalui, saya telah mengenali pelbagai jenis insane.
Namun, suatu kesedaran telah timbul setelah saya berbual dengan
seorang rakan saya. Perbualan itu telah membuat saya bertanya
pada diri saya sendiri.
Adakah kita benar-benar menghargai nyawa kita? Adakah kita punyai
tujuan dalam hidup? Ramai akan menjawab "YA" tetapi sebenarnya
menipu diri sendiri. Apakah erti kehidupan kita sekiranya kita tidak
tahu menilai? Apa? Apa sebenarnya?
Merenung wajah-wajah rakan saya, saya dapat mengesani
kegembiraan dalam hidup diri mereka. Mereka tahu apa yang perlu
untuk hari ini, esok dan lusa. Tetapi, dapatkah kita sebagai insane
biasa mengatur dan menggunakan dengan sebaik-baiknya masa kita
di dalam maya ini. Dapatkah kita menghargai nyawa dan peluang
yang telah dianugerahkan kepada kita?
Ada yang akan berkata apa yang sya katakan ini membosankan, tiada
bermakna, entah apa-apa atau seribu alasan negetif yang lain. Tapi,
saya tidak kisah, saya tidak rugi, saya bukan seorang yang bisa
menaikkan taraf pemikiran pembaca sendiri, itu buka tugas saya.
BUKAN !!!
Tapi, jika kita meninggal esok?
Apakah sumbangan kita?
Apakah tinggalan kita?
Hanya kita dapat nenetukannya.
HANYA KITA !!!
Bukannya "mereka atau keluarga mereka".
Tetapi kita.
KITA !!!
0 comments:
Post a Comment