Wednesday, March 17, 2010

Detikan Hati...

Disuatu Senja Aku Berjalan, Mentari Sudah Di Ufuk Timur. Ku Tarik Nafas Panjang Kerana Kutakut Mungkin Itu Tarikan Terakhir. Ku Panjang Langit Biru Yang Makin Memerah. Ku Tatap Puas-Puas. Betapa Indahnya Ciptaan-Mu Tuhan. Mungkin Itu Kali Terakhir Aku menikmati keindahan Langit Biru.


Ku Dengar Kicauan Burung-Burung Di senja Hari. Betapa Damai Kurasakan. Betapa Indah Alam Ciptaan-Mu Tuhan. Adakah Esok Masih Ada Mentari Buatku? Angin Bertiup Lembut, Mengerbangkan Baju Ke Kiri Dan Ke Kanan Terasa Segar Dan Nyaman Udara Petang. Adakah Esok Aku Masih Ada Berpeluang Menikmatinya.
Ku Tilik Muka Ku Di Cermin Betapa Unik Ciptaan Illahi. Betapa Sombong Aku Dengan Kecantikan. Betapa Bangga Aku Dengan Milik Sementara Ini. Esok Muka Inilah Yang Akan Tulang-Belulang Yang Menakutkan Oh...Tuhan...Ampunkanlah Dosaku...Menangisku Semahunya. Gementar Hati Tidak Terkira. Bagaimanakah Aku Pada Pandangan-Mu. Allah Cacatkah Aku, Tempangkah Aku @ Sempurnakah Aku? Bagaimana Amalanku Ya Allah? Keinsafan Memutik Disanubari Kutangisi Tiap-Tiap Noda Yang Ku Lakukan.

Kedinginan Yang Penuh Syahdu, Ku Berwuduk Penuh Tawaduk. Ku Sempurnakan Solat Tahajjud 2 Rakaat. Ku Lakukan Sebaik-Baik Mungkin. Ku Bangun Solat Taubat Pula. Memohon Keampunan Dan Keredhaan DariMu Ya Allah. Tangisku Menjadi-jadi Bersama-sama Hati Yang Gementar Ku Lafazkan Doa Taubat:-

"TuhanKu Aku Tidak Layak, Masuk SyurgaMu. Tetapi Aku Tidak Pula Mampu Menanggung Siksa NerakaMu. Dari Itu Terimalah Taubatku Sesungguhnya Engkaulah Pengampunan Dosa-Dosa Besar."

Aku Bertafakur Sejenak Mengenangkan Hari-Hari Yang Telah Berlalu. Menghitung Tiap Dosa Yang Memamah Diri. Aku Mengangkat Tangan, Memohon DariMu Ya Allah:-

"TuhanKu SesungguhNya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah Dosa-Dosa. Ampunkan Dosa Ibu BapaKu. Ya Allah Terimalah Aku Dalam Pangkuan Islam, Pancarkanlah Nur Hidayah KepadaKu. Tunjukkanlah Aku Jalan Yang Lurus Dan Jalan Yang Engkau Redhai. Sesungguhnya Engkau Mengetahui Segala-galanya. Matikanlah Aku Dalam Keadaan Beriman Dan Redha Dengan Segala Yang Diberikan. Lapangkanlah Kuburku Ya Allah Sesungguhnya Aku Tidak dapat Menanggung Siksa kubur dan Azab Api Neraka. Ya Allah Engkau Maha Berkuasa Atas Segala-galanya. Amin Ya Rabbal.

1 comments:

  1. Takutnya andai kita mati sebelum sepat bertaubat....takutnya bila memikirkan kematian yg tiba2....insap2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...