Sudah lumruh manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan 
yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula 
mengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda: "Rebutlah lima perkara sebelum 
datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. 
Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). 
Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa 
muda sebelum datang masa tua, dan Kelima, masa hidup 
sebelum tiba masa mati." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
SIHAT SEBELUM SAKIT
Kita sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas 
dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan
mereka yang terlantar sakit. Ini pasti membantu kita untuk insaf dan 
berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.
KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-
baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam 
kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, 
memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang 
miskin, menunaikan haji dan berzakat.
LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan 
atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika 
masa lapang. Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu 
dengan amalan yang boleh menhalakan hati untuk memberi sepenuh 
perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata 
melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.
MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada
perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka
leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di 
hari tua. Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa 
muda lebih mampu melakuakan perkara mendatangankan kebaikan 
kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika
digunakan sebaik-baiknya.
HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh 
penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa
bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, 
maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan
sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana 
sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah 
SWT. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal 
ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan 
akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah. 
Firman Allah SWT: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalm 
kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka
berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan
kesabaran."(Surah al-Asr, ayat 1-3)







0 comments:
Post a Comment