Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenamg, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain mendapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, tetapi sekurang - kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya...(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!!)...
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati - Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa...
10. Kekalkan wuduk
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan
13. Jaga makanan - Jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak)
14. Berkawan dengan ulama
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik
17. Menjaga pancaidera (mata, telinga, mulut...dsb) - Jangan dengar orang mengumpat
0 comments:
Post a Comment