Tuesday, June 8, 2010

8 Tanda Amalan Ikhlas kerana Allah

Ulama telah menggariskan tanda-tanda ikhlas itu kepada beberapa perkara

sebagai berikut:

1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada
fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya
ia seorang yang berkebolehan . Kerana ia yakin bahawa Allah menerima
sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya semata-mata.

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah,
lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada
dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

3. Lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada
diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, ia
lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana
berada dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu hidup,
tegak dan kuat.

4. Baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi
kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat
dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di
barisan hadapan.

5. Tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa
kepada kemurkaan Allah Taala.

6. Suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya,
semuanya kerana Allah Taala dan agamanya.

7. Ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan perjalanan yang jauh, lambat
dapat memetik hasil dan lamabat mencapai kejayaan.

8. Gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan
perjuangan bersamanya.


Laaillahailallah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...