Monday, November 30, 2009

CINTA Dan KAWAN

Pada hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa?
kerana CINTA itu buta...Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa?
Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !
Didalam telaga CINTA hilang...

Kenapa?
Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi
tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu...

Kenapa?
Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum...Disempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari
Raya Aidiladha" kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Pada hari
yang mulia ini, marilah sama-sama kita mendekatikan diri kita kepada
Allah S.W.T dengan beribadah dan berdoa kepada-Nya. Jangan lupa juga
panjatkan doa kepada mereka-mereka yang berada di Tanah Suci
mengerjakan rukun Islam yang Ke-5. Di samping itu, marilah kita
bermaaf-maafan sesama kita andai ada salah silap yang telah dilakukan
sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Dengan ini semoga hidup
kita lebih diberkati demi kesejahteraan dan kejayaan kita dalam menempuh
hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Ayunan Buaian...

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa- apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
"sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa
yang belum pernah kita meliki sampai kita mendapatkannya".

Tuesday, November 24, 2009

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira,
putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat
dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah
tersebut dengan berkesan.

Kenapa seseorang memendamkan perasaan
* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda
* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan,
jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang diperolehi apabila anda berkongsi perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri
anda.

Monday, November 23, 2009

Jenis-Jenis Cinta

1) Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk
mendapatkan tujuan seterusnya.

2) Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan
kemalangan atau perbuatan terlajur.

3) Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang
diterima atau diundang.

4) Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk
bersebelahan.

5) Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.

6) Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati
atau kecewa.

7) Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar
memburu mangsa.
8) Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah
gemuruh.

9) Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera tampar, pukul
dan maki.

10) Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila
ada sedikit halangan.

11) Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan menuju
Gemas.

12) Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan
walaupun ucapan terima kasih.

13) Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya
bila ada kesesakan jalan raya.

14) Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada
pertengkaran dan perselisihan.

15) Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya
dilakukan oleh kawan sendiri.

16) Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam
kelas yang sama.

17) Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa
yang mengacau akan jatuh sakit.

18) Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan
tulisan.

19) Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandangan sahaja
hati sudah terpikat.

20) Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja
menjadi lemas.

21) Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba
hilang begitu sahaja.

22) Cinta libas ialah perkara yang diamalkan olah kasanova umpama
buaya tidak kenal mangsa.

23) Cinta likas perkara yang berputik semasa melawat Likas.

24) Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai
pilihan yang amat luas.

25) Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak
sungguh bercinta.

26) Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.

27) Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa
biasanya melibatkan orang ternama.

28) Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama
perasaan bergelora.

29) Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan
utama.
30) Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan
perang mulut yang hebat.

31) Cinta peras ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa
dengan pasangan mereka.

32) Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan
kegatalan melanda.

33) Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang berkurang
serasi bila duduk bersama.

34) Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui
sistem pesanan ringkas.

35) Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka
meluahkan perasaan dalam tandas.

36) Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan
rintangan yang mendatang.

37) Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu
terhadap kejujuran pasangannya.

Sunday, November 22, 2009

15 Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang
kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian
setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya,
"Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab
kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau
perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh
utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak
zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada
kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada
Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya,
percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan
oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih
terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di
waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang,
redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu
musibah yang menimpa pada musuh. "Mendengar ucapan mereka yang
amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk
di dalam kaum yang pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara
berbicara, hampir saja kamu ni serupa dengan para Nabi dengan segala
macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan
kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang
kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak
akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak kamu
tempati, jamganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal
kamu tingggalkan, berusahlah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Saturday, November 21, 2009

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wednesday, November 18, 2009

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir
ajal tidak berkata apa-apa...lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'Sakaratul Maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan
diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiam
kan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diam
kan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lastas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak.

Kita takut kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..."
semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin...amin...amin... Yarobbal a'lamin..."

Tuesday, November 17, 2009

Renungan

01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat rahmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas ke kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah karena fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebihan-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis / syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah sudah siap segala-segalanya
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saan kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti
bercakap-cakap yang tidak berguna
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan
kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan
kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain
71. Jangan membiasakan berkata dusta
72. Berlakukan adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dengan
kesungguhan
75. Hormatilah orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang
lebih berjaya dari kita
78. Ambilah pelajaran dari pengalam orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan
negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupan yang bersangkutan tidak
menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma
agama dan kemampuan diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita
menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-
pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan
jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman
kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan
penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar
kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaab dan tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan
setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
memiskinkan orang

Wednesday, November 11, 2009

74 Wasiyat Untuk Pemuda

Segala puji bagi Allah yang berfirman:"Dan sungguh kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah." (An-Nisa': 131)

Serta shalawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
"Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, serta agar kalian mendengar dan patuh."
Dan takwa kepada Alla adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa'ba'du:

Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang sentiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memeberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya' baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber'azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahawa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimalah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilih mana yang baik dan buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari'at dan mana yang tidak). dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah enkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan kerana enkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang mengikut/mencontohmu dalam mengamalkannya.

9. Penganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma'ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu'mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau sentiasa dalam keadaan suci dari hadas dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih dahulu lagi shalat 'isya dan fajr(Shubuh)

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokojk agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajidkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumaat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua kerana engaku akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar'i sebab engkau akan berdosa karenaya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur'an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur'an itu menjadi hujjah bagimu di rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk, ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engaku dari kelalaian.

22. Hadirlah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamklan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongngan/keangkuhan.

25. Janganlah enkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: "Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut."(HR. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijadah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.

35. Ta'atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari'at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
"Barangsiapa yang menyembunyikan persaksinnya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan."(Al-Baqarah: 283)

37. "Dan ber amar ma'ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengfan apa yang menimpamu."(Luqman: 17)
Ma'ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya, dan Munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasulnya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorang pun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: "Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan." (Al-Isra':32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan berhati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimu untuk Silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorang pun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorang pun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan orang lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang
paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina oarang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manusia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kelejekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalh kepada Allah.

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikmatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari neraka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.
Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

Tuesday, November 10, 2009

Jenis Air Mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakansebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat denganmeraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisankerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debukehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut - Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlahjodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurangmembuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kitakurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezekiitu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untukmenginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segaladosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi .a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

Sunday, November 8, 2009

Kenalilah Mereka Yang Berbohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya,
sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Ibn Syihab berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal yakni dalam perang, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan juga berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.”
(Shahih Muslim)

Nasihat Sepanjang Zaman

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KELAPAN
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Tuesday, November 3, 2009

Pesan IbuKu

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan
Sayang, 'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.
Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang
melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian aku membeli gula dan tepung di kedai
Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku kekedai
Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli
bukan tuan kilang
bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina'.
Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau tapi kini
sungai juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai
kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..

Manusia Bertanya,Quran Menjawab...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamuberjaya (mencapai kemenangan). "(Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " (Surah At-Taubah ayat 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)

Monday, November 2, 2009

Risau Yang Membawa Stress

Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita “risau” sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit

Ada research mengenai “risau” mengatakan:

40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun 12% orang risau tentang kesihatan 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu! Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.

Senyum selalu

Pesanan Bumi Kepada Manusia

Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Matahari (Subhanallah)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma..

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...