Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira,
putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat
dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah
tersebut dengan berkesan.
Kenapa seseorang memendamkan perasaan
* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
Bagaimana mengendalikan perasaan anda
* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan,
jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain
Kebaikan yang diperolehi apabila anda berkongsi perasaan
* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri
anda.
0 comments:
Post a Comment