1) Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk 
mendapatkan tujuan seterusnya.
2) Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan 
kemalangan atau perbuatan terlajur.
3) Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang 
diterima atau diundang.
4) Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk 
bersebelahan.
5) Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.
6) Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati 
atau kecewa.
7) Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar 
memburu mangsa.
8) Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah 
gemuruh.
9) Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera tampar, pukul 
dan maki.
10) Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila
ada sedikit halangan.
11) Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan menuju 
Gemas.
12) Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan 
walaupun ucapan terima kasih.
13) Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya 
bila ada kesesakan jalan raya.
14) Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada 
pertengkaran dan perselisihan.
15) Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya 
dilakukan oleh kawan sendiri.
16) Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam 
kelas yang sama.
17) Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa 
yang mengacau akan jatuh sakit.
18) Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan 
tulisan.
19) Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandangan sahaja 
hati sudah terpikat.
20) Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja 
menjadi lemas.
21) Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba 
hilang begitu sahaja.
22) Cinta libas ialah perkara yang diamalkan olah kasanova umpama 
buaya tidak kenal mangsa.
23) Cinta likas perkara yang berputik semasa melawat Likas.
24) Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai 
pilihan yang amat luas.
25) Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak 
sungguh bercinta.
26) Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.
27) Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa 
biasanya melibatkan orang ternama.
28) Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama 
perasaan bergelora.
29) Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan 
utama.
30) Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan 
perang mulut yang hebat.
31) Cinta peras ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa 
dengan pasangan mereka.
32) Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan 
kegatalan melanda.
33) Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang berkurang
serasi bila duduk bersama.
34) Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui 
sistem pesanan ringkas.
35) Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka 
meluahkan perasaan dalam tandas.
36) Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan 
rintangan yang mendatang.
37) Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu
terhadap kejujuran pasangannya.







0 comments:
Post a Comment