Wednesday, December 2, 2009

Khas Untuk Hati - Hati Yang Di Kecewai

ALLAH memberi dugaan agar kita dapat
hikmah disebalik pengalaman kita, disini
aku sertakan mengapa ALLAH sengaja
menduga kita....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
Kasih Sayang Yang Terbaik, Khas Untuk
Diri Kita.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah yg hebat untuk kita bahawa dia
bukanlah yg hebat untuk kita dan
kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
Manusia Yg Hebat Jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita lebih
faham bahawa Cinta Yg Terbaik Hanya Ada
Bersama ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita Lebih
Mengenali Kehidupan Yg Tak Selamanya
Kekal.

Wahai insan yg kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri
tak pasti samada menjadi milik kita.
Capailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA, dan
meninggalkan larangan-NYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk
menolak permintaan hamba-NYA yg menadah
tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA... berserahlah pada
ALLAH... Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang.

1 comments:

  1. salam aidiladha.

    hati yang kecewa bila bencana menimpa rohani,
    bila mengidap penyakit hati. Jiwa menjadi miskin papa kedana..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...