"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan
benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka
di Malaysia. Ceritanya begini, Pada suatu hari di musim haji yang lepas,
pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut
seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia
pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la. Tempat pengebumian
para jemaah haji meninggal dunia di Mekah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan
mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira
lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk
mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan
mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia
nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.
Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur
tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan
mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut
memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka
ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan
kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas
yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang
negro yang yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada
tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada
membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan, dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan
membaca Surah Yasin. Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke
jalan Allah. Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar
untuk mengunjungi Baitullah.
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar
tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ. "Sumber renungan kita.
Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambanya yang taat dan ikhlas
bekerja kerananya.

0 comments:
Post a Comment