Wednesday, September 16, 2009

Pantun Hari Raya

HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

TAKUT untuk BERJAYA!!!

"SIAL betullah RUGI lagi"..tu lah kata yang terlontar dari mulut kawan aku semalam.

"Kenapakah KAU ni BODOH sangat markah semuanya merah je".. minggu lepas aku dengar jiran aku marahkan anaknya.

"CELAKA betullah upline ni dia kaya aku ni tak dapat apa pun"... bulan lepas aku dengar sepupu aku komplen Upline MLM dia.

"Malang btl nasib aku asyik-asyik tak dapat TENDER"... dua bulan lepas kawan kontraktor aku merungut.

Semua itu bagi aku keluhan KEGAGALAN. Buruk sangat ke KEGAGALAN ni. Ada orang bijaksana kata KEGAGALAN ini adalah langkah pertama kepada KEJAYAAN. ALLAH s.w.t pula berfirman dalam banyak ayat Al-Quran "Tidak beriman kamu selagi kamu belum diuji". KEGAGALAN itu pasti ujian ALLAH s.w.t. Mungkin juga KERUGIAN wang ringgit adalah suatu proses untuk ALLAH s.w.t membersihkan harta benda yang kita miliki yang hanya kita sahaja yang tahu asal usulnya.

Kita sering membandingkan KEGAGALAN kita dengan mereka yang telah BERJAYA dan terus merasa KECEWA sehingga ada yang langsung berTAUBAT tak nak buat lagi. Pernahkah kita belajar dari mereka yang telah BERJAYA bagaimana pengalaman jatuh bangun mereka? Daripada pembacaan kita tidak ada JUTAWAN yang berjaya tanpa melalui KEGAGALAN.

Ingat pesan ALLAH s.w.t bahawa DIA hanya menguji hambanya dengan ujian yang termampu oleh hambanya. KEGAGALAN adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju KEJAYAAN yang lebih hebat. Kalau kita TAKUT KEGAGALAN bermakna juga kita TAKUT UNTUK BERJAYA. Janji ALLAH s.w.t bahawa DIA hanya menguji dengan KEGAGALAN yang termampu oleh kita. JANGAN TAKUT DENGAN KEGAGALAN dan jangan menyalahkan orang lain bila kita GAGAL.

Wuduk Zahir dan Wuduk Batin

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

KuasaNYA NIAT

Dalam Islam setiap amalan bermula dengan NIAT. Solat Wajid atau sunat, Puasa, Zakat, Mandi Wajid, Berwudhu dan sebagainya bermula dengan NIAT.

NIAT mempunyai kuasa yang sangat KUAT. NIAT juga adalah DOA. Dalam ilmu metafizik gelombang NIAT boleh diukur. Kelajuan gelombang NIAT melebihi kelajuan cahaya. Kelajuan gelombang NIAT ini boleh dirakam di dalam air putih.

NIAT yang baik akan mendapat ganjaran 10 x ganda pahala tetapi NIAT yang jahat belum mendapat DOSA. Satu DOSA hanya akan ditulis apabila menusia melakukan NIAT yang jahat. Dalam Hadis ada menyatakan bahawa setiap perbuatan bergantung kepada NIAT.

KUATnya kuasa NIAT tetapi kenapa manusia lalai membawa ke dalam kehidupan harian. Pernahkah kita berNIAT mendapat rezeki yang barakah setiap kali kita keluar rumah setiap pagi? Pernahkah kita berNIAT mendapat zuriat yang soleh apabila bersama isteri? Pernahkah kita berNIAT dipermudahkan hidup apabila kita BERSEDEKAH? Pernahkah kita berNIAT setiap kali kita on laptop?

Tanpa NIAT maka segala terserah pada ALLAH menentukan. Justeru itu mari kita berazam utuk berNIAT setiap kali hendak memulakan apa juga aktiviti setiap hari, insyallah pasti HASILnya kita HEBAT.

Bermotivasi Tinggi

Sejarah telah menunujukkan bahawa tokoh pada setiap zaman adalah orang yang bermotivasi tinggi. Bagaimana Edmund Hillary boleh menawan puncak Everest sekiranya tidak ada motivasi diri yang tinggi. Bagaimana pula Jaques Costeau berupaya menawan dasar laut jika beliau sendiri ragu-ragu akan kebolehan diri sendiri.

Apabila kita bermotivasi tinggi. lazimnya kita;

* Lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik.
* Tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.
* Akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai
* Bersikap positif dan yakin kepada diri sendiri


Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah kepada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang.

Mereka yang bermotivasi rendah tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain.

Kesimpulannya dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sebagaimana kata Robert Kennedy,"Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

Tuesday, September 15, 2009

Menetapkan Matlamat Hidup

Cara untuk menetapkan matlamat hidup;

1. Buatlah matlamat yang spesifik
2. Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
3. Jadikan ia realistik
4. Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
5. Serasi dengan jiwa
6. Pecah-pecahkan matlamat
7. Sebarkan kepada orang lain
8. Kita mesti bertanggungjawab
9. Berdisplin dan istiqamah

"Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu"
Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.
Pertama adalah sasaran yang jelas.
Kedua perancangan.
Ketiga tindakan.
Apabila kita hendak berjaya dalam hidup, lakukanlah semua perkara ini.

Rahsia Tahi Lalat

Sesungguhnya khadak dan khadar manusia adalah ketentuan dari Allah...
Berusahalah untuk mencapai yang terbaik dari Nya. Hanya usaha dan tawakkal kepada Allah sahaja yang membawa kita kepada kehidupan yang terbaik.
Jauhilah diri dari percaya kepada perkara yang kharut marut. Itu semua sekadar kebetulan.
YAKINLAH ... ALLAH MAHA BERKUASA DARI SEGALA-GALA MAKHLUK YANG LAIN.
Jadilah Hamba ALLAH yang sentiasa beriman dan bersabar menempuh dugaan.
Insya Allah...

Firasat Tahi Lalat :
Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
Ubun-ubun - kurang jujur
Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
Di Kening kanan - cergas dan cekap
Di kening kiri - cergas dan sopan santun
Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
Di alis kanan - baik hati, suka menolong
Di alis kiri - ramai yang suka
Di pipi kanan - ramai teman
Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
Pada hidung - banyak rezeki
Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapatmenjadi kaya
Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyakpengetahuan
Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan danbanyak tanggungan
Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
Ketiak kanan - menyimpan rahsia
Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
Betis kanan - suka berpoya, boros
Betis kiri - tidak suka menganggur
Tumit kanan - jujur, banyak kawan
Tumit kiri - baik budi
Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
Lutut kiri - kurang berusaha

Moral :Jagalah Kebersihan diri...Jangan Kasi Lalat Berak

Orang, Atuk & Saya

ORANG KATA..
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA..
Orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.
SAYA RASA..
Betul jugak tu..

ORANG KATA..
Exams tu susah, kena banyak sacrifice,constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir,Neraca Mizan, tayangan slide..
SAYA RASA..
Betul jugak tu..

ORANG KATA..
Have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA..
Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
SAYA RASA..
Betul jugak tu..

ORANG KATA..
Successful people have a good time management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..masih sempat berkempen utk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,masih sempat pasang perempuan 2-3,baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
Setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
SAYA RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
Kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar,kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!
ATUK KATA..
Ye ke hati dah puas??dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?dah cukup zikir untuk santapan rohani?dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
SAYA RASA..
HUWAA...HUWAAA....!!!!!!!!!

Monday, September 14, 2009

Kenapa Harus Bersedekah Semasa Kesempitan?

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita.Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Kebaikan Duduk Iftirash

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Kita Ada Pelawat Setiap Hari

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Renung-renungkanlah...

9 Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Lima Perkara Yang Semua Orang Inginkan

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW

"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaatdan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Cara Bersangka Baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Mukjizat Bismillah

Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :
Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).
Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tip Bersahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagusdan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t

Rasulullah s. a. w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sunday, September 13, 2009

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang

sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki,
orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik,

kutuk diri sendiri, merendah- rendahkan kebolehan diri sendiri.
Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati:
‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi,
apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10.Kekalkan wuduk.

11.Bersedekah.

12.Belanja orang makan.

13.Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14.Berkawan dengan ulama.

15.Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16.Pesan pada orang, jadi baik.

17.Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Kata-Kata Hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1)Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2)Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3)Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4)Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1)Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2)Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3)Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4)Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1)Hatinya selalu berniat suci.
2)Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3)Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4)Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5)Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1)Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2)Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3)Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4)Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5)Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6)Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7)Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8)Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Cermin Diri Sendiri

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN
Riwayat: Muslim

Adil dan Takdir

Sudah lama ku fikirkan
Tiap hari ku menungkan
Kenapa ada kejayaan
Kenapa ada kegagalan

Untuk sesuatu
Aku berusaha
Dengan harapan yang satu
Aku mesti berjaya

Namun tidak semua begitu
Ada berjaya, ada yang gagal
Ku mencari-cari mana silap ku
Ataukah usahaku ada kurangnya

Dengan mudah ku fikir
Ini semua takdir
Namun adakah aku faham
Apa takdir sebenar dimaksudkan

Kita percayakan Tuhan
Kita percayakan rukun Iman
Bagaimana dengan Qada’ dan Qadar
Atau yakin sekitar ala kadar?

Ahli Sunnah wal Jama’ah
Yakin ketetapan Tuhan
Namun kita diberi amanah
Untuk membuat satu pilihan

Usah salahkan Tuhan
Kiranya kau jauh dari kebenaran
Kerana kau telah diberi kebebasan
Kau yang membuat pilihan

Sebagai seorang hamba
Perlu kepada doa
Selitkan dengan usaha
Serahkan dengan tawakkal

Tuhan Maha Adil
Tuhan Maha Saksama
Hanya tinggal pada kita
Pilihan yang bagaimana…

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGINERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kemarin Dan Esok

HARI INI ADALAH ABADI
Seorang bijak pernah berkata, bahawa ada dua hari dalam hidup ini yang sama sekali tak perlu anda khawatirkan.Yang pertama: hari kemarin. Anda tak bisa mengubah apa pun yang telah terjadi. Anda tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan. Anda tak mungkin lagi menghapus kesalahan; dan mengulangi kegembiraan yang anda rasakan kemarin. Biarkan hari kemarin lewat; lepaskan saja. Yang kedua: hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, anda tak tahu apa yang akan terjadi. Anda tak bisa melakukan apa-apa esok hari. Anda tak mungkin sedih atau ceria di esok hari. Esok hari belum tiba; biarkan saja. Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup; pintu masa depan pun belum tiba. Pusatkan saja diri anda untuk hari ini. Anda dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila anda mampu memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Karena, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pikiran yang rumit. Hiduplahapa adanya. Karena yang ada hanyalah hari ini; hari ini yang abadi.

Keputusan Berhikmah

Dalam kehidupan seharian, dalam melakukan sebarang aktiviti, sudah pasti adanya keperluan dalam membuat suatu keputusan.
Bagi membuat suatu keputusan, ilmu yang mendalam terhadap apa yang akan diputuskan itu amatlah penting, agar keputusan yang dilakukan nanti lebih tepat. Sering juga kita berhadapan dengan suatu keputusan di mana kedua-dua pilihan tersebut mempunyai kepentingan terhadap kita, namun kita hanya dibenarkan memilih salah satu yang lebih penting dari yang lain.
Seseorang yang memiliki hikmah, mempunyai kekuatan untuk melakukan keputusan yang lebih tepat berbanding seseorang yang tidak mempunyai hikmah.

Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Apa yg paling dekat?
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yg paling Jauh?
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Apa yg paling besar?
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Apa yg paling berat?
Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Apa yg paling ringan?
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Apa yg paling tajam?
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

Saturday, September 12, 2009

Menerima Kesilapan

KESILAPAN dan KESALAHAN akan membuat kita tak tentu arah! Penyesalan menyerang perasaan, ditambah oleh pelbagai saranan-saranan keliru yang merosak sekali gus boleh membuat seseorang berhenti setelah melakukan kesalahan. Kesimpulan mudah untuk mengatasi hal ini ialah berubah.

Bagaimana caranya?

Akui jika memang bersalah

Ini akan membebaskan mental kita.
Mangakui kesalahan akan lebih membuat kita lega dan mampu melihat permasalahan dengan lebih jelas berbanding kita merungut, menyalahkan orang lain, atau menyalahkan keadaan.

Hadapi kesalahan

Kesalahan adalah fitrah, suatu yang lumrah terjadi kepada semua manusia. Oleh itu, kita tidak mungkin menghindarinya. Semakin menghindari semakin terseksa! Hadapilah dan carilah penyelesaiannya. Dengan melarikan diri hanya membuat kita semakin menderita!

Fleksibel dengan informasi baru

Merubah fikiran bukan satu kesalahan andai ia demi kebaikan atau malah lebih baik. Maka jika kita melakukan kesalahan, tidak ada salahnya untuk mengubah fikiran. Jika ada informasi baru yang lebih baik, mengapa harus ditolak?

Terimalah perubahan

Informasi baru boleh mengubah fikiran dan perasaan kita terhadap tindakan kita pada masa lalu. Jika ini terjadi terimalah perubahan itu. Perubahan fikiran dan perasaan akan mengubah hasil yang akan dicapai.

Tidak ada orang yang sempurna, terimalah kesilapan. Dengan menerimanyalah kita mampu melakukan perbaikan. Bagaimana kita dapat melakukan perubahan jika kita tidak merasa bersalah?

Siapa Kita...

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sempurnakah Kita...

Terlalu inginkan kesempurnaan bakal merosak diri. Sebaiknya sempurnakan diri sendiri sebelum mengharap kesempurnaan dari orang lain. Seperti berdiri di hadapan sebuah cermin, imej yang dipantulkan di cermin itulah hasil daripada apa yang kita paparkan di depan cermin. Jika cantik, maka cantikla imej yang ditunjukkan. Jika buruk, maka buruklah juga imej yang terpapar di cermin itu.

Mungkin dalam mencari kesempurnaan itu terselit kealpaan kita pada sesuatu yang sepatutnya lebih kita hargai. Mungkin juga kesempurnaan yang dicari-cari itu sudah pun berada di depan mata. Ketaksuban pada pencarian kesempurnaan itu membutakan mata kepada apa yang sepatutnya dihargai di depan mata.

Lumrah manusia, bila hilang dicari, bila berada depan mata tak dihargai. Jadi, usah terlalu mencari sesuatu yang sempurna kiranya kita sendiri belum mampu menjadi insan yang sempurna di mata orang lain. Terimalah apa pun seadanya. Hargai apa yang ada di depan mata kita sebelum kita terlewat menyedari betapa berharganya apa yang pernah kita miliki itu.
~ Kita adalah kejadian sempurna, tetapi apa yang kita lakukan selalunya tak sempurna~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...