Wednesday, September 16, 2009

Bermotivasi Tinggi

Sejarah telah menunujukkan bahawa tokoh pada setiap zaman adalah orang yang bermotivasi tinggi. Bagaimana Edmund Hillary boleh menawan puncak Everest sekiranya tidak ada motivasi diri yang tinggi. Bagaimana pula Jaques Costeau berupaya menawan dasar laut jika beliau sendiri ragu-ragu akan kebolehan diri sendiri.

Apabila kita bermotivasi tinggi. lazimnya kita;

* Lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik.
* Tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.
* Akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai
* Bersikap positif dan yakin kepada diri sendiri


Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah kepada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang.

Mereka yang bermotivasi rendah tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain.

Kesimpulannya dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sebagaimana kata Robert Kennedy,"Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...