Setiap perkara yang kita lakukan perlu mengikut adab. Dalam menuntut
ilmu, terdapat adab-adab yang perlu diamalkan supaya perlaksanaan 
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan berkesan :
* Niat
Seseorang pelajar mestilah memasang niat yang suci dalam hatinya. Niat 
yang baik itu menjernihkan hati hingga mudah memahami pelajaran. 
Niat yang penuh keihklasan menyingkirkan syaitan dan mengundang dan 
nur Illahi.
* Azam
Seseorang pelajar mestilah mempunyai kemahuan keras untuk 
memehami sesuatu ilmu. Allah berfirman di dalam Al-Quran
"Hendaklah engkau berhati teguh seperti keteguhan hati para Rasul yang 
memiliki kemahuan keras." Surah Al-Ahqaf:35
*Tekun
Pelajar mesti memperhatikan pelajaran dengan serius.
Diriwayatkan:
Telah berkata Ibnu Mas'ud : "Adalah Rasulullah SAW apabila berdiri di
atas mimbar, kami sekalian menghadap beliau dengan wajah-wajah kami"
[Hadis Riwayat At-Tarmizi]
Dalam hadis yang lain ada diingatkan perlunya diam di kala khutbah 
(pengajaran) berlangsung, supaya isi pelajaran dapat diserap dengan 
baik.
*Disiplin
Seseorang yang menuntut ilmu perlu ada sikap displin. Ini penting dalam 
menentuarahkan matlamat kita untuk mendapatkan ilmu. Jika sikap
disiplin dapat diamalkan dan dipupuk dalam diri pelajar, nescaya
perlaksanaan pembelajaran menjadi mudah. Pelajar boleh menentukan 
dan merancang kaedah pembelajarannya dan dapat mencorak masa 
depan sendiri sejak awal.
*Taat
Selain sikap disiplin, sikap taat juga penting. Seorang pelajar itu perlu taat 
pada gurunya. Ini kerana ketaatan seorang yang jahil kepada orang yang 
terpelajar adalah mengikut perintah agama iaitu ketaatan seluruh umat 
kepada Rasulullah SAW ketika Baginda bersabda:
"Ambillah apa yang didatangkan kepada Rasul kepadamu dan apa yang 
dilarangnya hendaklah kamu jauhi"
Juga firman Allah yang bermaksud:
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang 
dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." Surah Al-Hasyr:7
*Hormat
Pelajar perlu menghormati guru yang mengajarnya supaya wujud 
keadaan yang harmoni dan hubungan kasih-sayang. Sabda Rasulullah 
SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hassan Al-Mawardi
"Muliakan orang yang kamu belajar daripadanya".Muliakanlah guru-guru 
agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka maka bererti mereka 
memuliakan aku".
*Memelihara Makanan dan Minuman
Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda amat menitik beratkan soal 
pemakanan dan Baginda pernah menyebut tentang seorang manusia 
yang permintaannya tidak termakbulkan oleh Allah AWT walaupan dia 
sering menadah tangan dan menyebut 'Ya Allah, Ya Allah'. Ini disebabkan 
sumber pemakanan dan minuman yang haram dan mempunyaui unsur 
syubhah. Oleh itu pemakanan perlu dijaga untuk mendapat kecerdasan 
otak, Kesihatan fizikal serta keberkatan dalam pembelajaran.







0 comments:
Post a Comment