1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih 
lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh
 yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.  
2. "Ya 
Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka 
hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & 
gugup akan hilang dengan izin Allah.  
3. "Ya Rahim!" apabila 
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai 
daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih 
serta sayang terhadap kita.  
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan 
sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala 
perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & 
kekayaan yang diredhai Allah.  
5. "Ya Quddus!" apabila 
dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka
 hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri 
hari, dengki dll. 
 6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 
136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala 
penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera. 
7.
 "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, 
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman
 dari segala macam gangguan yang merosakkan. 
 8. "Ya Muhaimin!" 
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah
 fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. 
 9. 
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, 
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana 
penuh kewibawaan. 
 10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 
226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh 
dengan izin Allah. 
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan 
sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat 
menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.  
12."Ya
 Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang 
ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan 
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).  
 13."Ya 
Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, 
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
 terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.  
14."Ya
 Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai 
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari 
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air 
& dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air 
tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
 yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada 
waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan 
dikurniakan anak yang soleh. 
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf
 (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x
 sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan
 dosa-dosa kita.  
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan 
atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & 
kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita 
akan sedar & tunduk akhirnya.  
 17. "Ya Wahhaab!" dizikir 
sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam 
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa 
pun akan hilang.  
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan 
sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan 
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang
 tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.  
 19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, 
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima 
nasihat agama.  
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap 
kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang
 sempurna. 
 21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, 
maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala 
bentuk ancaman. 
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau 
mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan 
memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan 
menjadi murah. 
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x 
setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah 
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh
 itu akan jatuh martabatnya.  
 24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap
 hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta
 benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat &
 terhindar dari kecurian.  
 25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak
 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar 
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan. 
26. "Ya Muzill!" 
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang 
kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan 
sedar & membayar hutangnya kembali.  
27. "Ya Samii'!" 
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
 biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi 
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.  
28. "Ya 
Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah 
akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan 
taufik & hidayah dari Allah.  
29. "Ya Hakam!" dizikirkan 
sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat 
membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu
 kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.  
30. "Ya Adllu!" 
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, 
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.  
31. "Ya 
Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, 
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan 
jualannya menjadi laris & maju.  
32. "Ya Khabiir!" Dengan 
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat 
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah
 dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.  
33.
 "Ya Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi 
mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
 saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau 
diungkit-ungkit atau tergugat.  
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan 
sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit,
 InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan 
pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah 
akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.  
35.
 "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan 
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak 
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.  
 
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai 
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan 
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang 
penting & terdesak. 
 37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak
 anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam 
bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin 
& diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si 
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah 
mujarab. 
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah
 dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini 
sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai
 pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau 
hajat).  
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri
 kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila 
kita berada di dalam hutan.  
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita 
berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di 
mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka 
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & 
segar kerana rasa lapar akan hilang.  
41. "Ya Hasiib!" Untuk 
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini 
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, 
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.  
42.
 "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam 
yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang 
mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, 
maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat &
 begitulah seterusnya dengan izin Allah.  
 43. "Ya Kariim!" 
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di 
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  
masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang 
mengamalkan zikir ini.  
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta 
pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, 
maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang 
yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga 
terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal 
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....  
45. "Ya Mujiib!" 
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa 
kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir 
ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan
 doa kita.  
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka 
amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah 
segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini 
sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki
 sesama makhluk.  
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa 
sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya 
akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti 
pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.  
48. 
"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. 
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, 
disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan 
harmoni.  
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana 
setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & 
khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 
x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh 
muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & 
menghormati kita sebagai ketua keluarga.  
 50. "Ya Baa'its!" 
Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, 
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.  
51.
 "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka 
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara 
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
 perangainya.  
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah 
ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam 
menjalankan perintah Allah.  
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi 
hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu
 perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda 
& kembali seperti sediakala. 
 54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir 
ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan 
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim. 
 55. "Ya 
Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai 
fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan 
sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.  
56. "Ya Waliy!" 
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah 
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan 
izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan
 oleh orang-orang yang bersifat dengki.  
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. 
 58. "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan 
didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka 
amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.  
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....  
60.
 "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan 
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. 
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya. 
61. "Ya Muhyiy!" 
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan 
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.  
 62. "Ya 
Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan 
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.  
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.  
64.
 "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin 
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang 
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
 setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
 Insya Allah akan tercapai segala hajat.  
65. "Ya Waajid!" Andai
 berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & 
teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.  
66. "Ya Maajid!" 
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima 
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini 
setiap hari. 
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai
 cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir 
ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 
satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & 
Khamis, Insya Allah...  
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan 
akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan 
zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & 
sentiasa.  
 69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu 
namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap 
hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.  
 70. "Ya 
Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
 secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu 
sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan 
keberhasilan hajat kita.  
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad 
bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan 
zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala 
usahanya akan berhasil".  
 72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini. 
73.
 "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x 
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan 
Allah. 
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah 
solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu 
rezeki yang halal. 
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini 
sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), 
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik 
& sukar serta diberi kefahaman ilmu.  
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 
77.
 "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh 
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya 
dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan 
zikir ini  
78. "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa 
dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk 
ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. 
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat 
yang penting-penting akan berhasil. 
79. "Ya Bar!" Amalkanlah 
zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita 
hajati akan terlaksana dengan mudah. 
80. "Ya Tawwaab!" Bagi 
orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah 
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
 ke jalan yang lurus. 
 81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan 
kezalimannya
 terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap 
kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan 
Allah. 
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah. 
83.
 "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman 
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu 
samada pada waktu siang mahupun malam.  
84. "Ya Maalikul Mulki!"
 Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & 
tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini 
sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama 
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.  
85. "Ya 
Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari 
selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan 
pertolongan Allah. 
 86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir 
ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat 
adil kepada mereka yang mengamalkannya.  
87. "Ya Jaami'!" 
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari 
rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari 
dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah 
orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.  
88.
 "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, 
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan 
yang kita perolehi itu akan mendapat berkat. 
89. "Ya Mughniy!" 
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat 
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat 
kita akan tercapai. 
 90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu 
mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh 
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim 
& suka membuat angkara. 
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat 
berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang 
mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas 
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, 
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.  
92.
 "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan 
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh,
 & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin 
Allah.  
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki k
kemuliaan
 yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia 
mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan
 zikir ini setiap pagi & petang.  
94. "Ya Haadiy!" Bagi 
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia 
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan 
zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat 
lepas dari kesesatan tersebut.  
95. "Ya Baadii!" Andai kita 
mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan 
kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir 
ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan 
memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan 
lancar.  
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin 
tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua 
perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, 
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.  
 97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat 
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, 
maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 
x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga 
usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan. 
98.
 "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas 
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita 
akan menjadi bertambah cerdas.  
99. "Ya Shabuur!" Agar kita 
diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
 ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan 
kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
 Kredit: Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi.