Wednesday, May 26, 2010

Keserasian Dalam Berpasangan

Impian & harapan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pasangan sudah semestinya keserasian. Sebab daripada keserasian itu yang akan mencipta suatu hubungan kasih sayang yang kekal sehingga ke akhir hayat. Keserasian bukanlah sekadar bermaksud kedua-dua mereka itu mempunyai minat atau perkara yang sama, tetapi perlulah bertolak ansur serta perlu ada 'give and take' dalam melakukan sesuatu keputusan. Ni kalau dua-duanya ego, perang dunia yang ke-3 la jawabnya...

Di sini ada sedikit sebanyak kajian tentang keserasian sesuatu pasangan tersebut berdasarkan turutan kelahiran adik-beradik, tak kisah la kita boleh tengok dari sudut pasangan adik-beradik kita sendiri ataupun pasangan kekasih hati. Apa-apa pun bergantung pada korang untuk percaya atau tidak sebab ini sekadar suatu kajian, tetapi kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yamg boleh tentukan keserasian sesuatu pasangan tersebut.

Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperi ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyengkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan deengan anakl sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang sukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajarknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunakasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi pendamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperi anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia kan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhatil-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

"Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa danbersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya" (al-Hujarat:13)

Laaillahailallah

F.A.M.I.L.Y.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
Ibu tentu suka terutama yang unggu",

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini",

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala",

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
Dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu",

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
Syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
Akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat,

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukan begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"


Laaillahailallah

Tuesday, May 25, 2010

Apabila Cinta Berbalas

Apabila perasaan anda apabila cinta anda ditolak? Dan apa perasaan bila
cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah
Yang Maha Perkasa....Allah Rabbul Jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha
Pencipta.

1. Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak
berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat
setiap kali sebelum bertemu-Nya.

2. Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain.
Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-
cepat menjauhkan diri.

3. Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana
anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Aya-ayat cinta kau
luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya
melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda
tak kehilangan ISLAM.

5. Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya. Membela
agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang
melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta
anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau Yang Maha
Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup
kita ini perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang
lebih besar.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi
Allah, maka ikutilah Aku, Nescaya Allah mengasihi kamu dan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihi" (Ali Imran:31)
Laaillahailallah

Monday, May 24, 2010

6 Persoalan Dalam Kehidupan

1. Apakah yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Yang paling dekat denga kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa
pasti akan mati.(Ali Imran 185)

2. Apa pula yang PALING JAUH dari kita di dunia ini?

Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Apa yang PALING BESAR di dunia ini?

Yang paling besar di dunia ini adalah "NAFSU".
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
membawa kita ke neraka.

4. Apa yang PALING BERAT di dunia ini?

Yang paling berat di dunia ini adalah "MEMEGANG AMANAH".
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (Pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan
permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Apa yang PALING RINGAN di dunia ini?

Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat,
gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Apa yang PALING TAJAM di dunia ini?

Yang paling tajam di dunia adalah "LIDAH MANUSIA"
kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri.
Laaillahailallah

Tuesday, May 18, 2010

Muttaqin

Muttaqin bermaksud orang yang bertakwa. Dilihat pada sudut akhlak,
orang yang bertaqwa mempunyai watak dan budi pekerti yang mulia
dan tinggi, hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, berperibadi
terpuji, menjaga dan memelihara dirinya sendiri dan tidak merugikan
orang lain atau membuat kerosakan.

Imam Al-Ghazali memperincikan bahawa sifat-sifat taqwa itu akan
membentuk tujuh jenis watak dan sifat-sifat manusia baik :

1) Lidahnya terpelihara dari berbohong, mencela, mengumpat, menyakiti
hati orang lain dll

2) Hatinya terhindar dari sifat dengki, benci, pendendam dan lain-lain

3) Matanya terpelihara dari pandangan haram.

4) Perutnya tidak mahu memakan makanan haram.

5) Tangannya tidak digunakan untuk perbuatan dosa.

6) Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat.

7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah semata-mata tidak kerana riak atau
mengharapkan pujian orang lain.
Laaillahailallah

Lebih Baik Berdiam Saja...

Rasulullah s.a.w sedang duduk-duduk bersama Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci - hamun
Sayidinan Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar
tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihat Sayidina
Abu Bakar tidak bertindak apa-apa lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu
Bakar. Namun caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina
Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja
di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus
galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar
bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. kali ini lebih hebat dan
lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta
bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya
tercabar.

Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina
Abu Bakar bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang
pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu
beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah! Adakah kau juga mahu
membelaku?"

"Tidak," jawab Rasul sepatah. "waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat
berdiri disampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila
engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar
meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

Untuk apa syaitan datang? Untuk mengapi-apikan lagi suasana yang
sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai
pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya :

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka
berpaling daripadanya dan berkata; Bagi kami amal-amal kami dan
bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul
dengan orang-orang yang jahil." (Al-Qassas : 55)


Laaillahailallah

Berhenti Menjadi Gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya
belakangan ini selalu nampak murang.

"Kenapa kau selalu murang, nak? Bukankah banyak hal yang indah di
dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?", sang guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk
tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya",jawab sang
murid muda.

Sang Guru tersenyum."Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.
Bawalah kemari. biar kuperbaiki suasana hatimu itu".

Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan
permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam
sebagaimana yang diminta.

"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu"' kata
sang guru,"Setelah itu minum airnya".

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum
air masim.

"Bagaimana rasanya", tanya sang guru.

"Masin dan perutku jadi mual", jawab si murid dengan wajah yang masih
meringis.

Sang guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang meringis
kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku". Sang guru membawa muridnya ke danau dekat
tempat mereka. "Amabil garam yang tersisa dan tebarkan ke danau."

Si muridnya menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau,
tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan
rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan
meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air danau itu", kata sang guru sambil mencari
batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan
membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin
dan segar mengalir di kerongkongnya, sang guru bertanya kepadanya,
"Bagaimana rasanya".

"Segar, segar sekali", kata si murid sambil mengelap bibirnya denagn
lengan bajunya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di
atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah
pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa
dimulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi"."Tidak sama sekali", kata
si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya
tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum
air danau sampai puas.

"Nak", kata sang guru setelah muridnya selesai minum."Segala masalah
dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.
Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang
harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah,
sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak
berkurang dan tidak bertambah. Setiapa manusia yang lahir ke dunia
ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang
Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengar.

"Tapi nak, rasa 'Masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat
tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi nak,
supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadilah qalbu
dalam dadamu itu sebesar danau".


Laaillahailallah

Monday, May 17, 2010

Beza RM1 & RM50


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit, duit seringgit
bertanya :

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok
bola, naik Star Cruise, Pergi Kota Kinabalu naik AirAsia, lepak One
Utama, Konsert AF, M'sian Idol...tempat-tempat cam tu lah.
Eh, ko camner lak?

Duit seringgit menjawab perlahan seraya menuduk, "Hmmm...
biasalah...balik-balik tenpat yang sama..."SURAU..., MASJID..., SURAU...."

FIKIRKANLAH...


Laaillahailallah

7 Perkara Yang Menghairankan

1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia
akan mati, tetapi masih ketawa.
2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia
akan binasa , tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua
perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana
kehilangan sesuatu.

4) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di
akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan
harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan
neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah
dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan
sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.


Laaillahailallah

Erti Maruah

Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang
lama dalam hidup. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang
berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul
dan baik.

M : Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka
apabila malu.

A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga
sebaliknya.

R : reputasi mencerminkan maruh anda. Jagalah reputasi diri jangan
sampai dipijak orang.

U : Ungkapan orang terhadap kita mengambarkan sejauh mana maruah
kita dinobatkan. Buruk ungkapan keluar maka buruklah maruah kita
sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan
kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak
mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah
kerana tidak membuat oarang percaya kepada kata-katanya sendiri.
maka jangan sesekali mungkir janji dan mengelurakan kata-kata usul periksa.

A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H : Harga diri tidak boleh di jual beli dan ia jua lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.


Laaillahailallah

Jika Orang

1. Jika orang tidak suka, madu diminum terasa cuka

2. Jika orang sudah benci, nama disebut dikata caci

3. Jika orang tidak sudi, tiada guna kita berbudi

4. Jika orang tidak pandang, diam saja jangan meradang

5. Jika orang tidak peduli, ular menjalar dikata tali

6. Jika orang tidak kisah, bawa bertenang jangan gelisah

7. Jika orang buat tidak tahu, tiada gunanya berganding bahu

8. Jika orang tidak pelawa, jangan sekali berasa kecewa

9. Jika orang sudah tidak percaya, cicak kecil disangka buaya...

Fikir-FikirKanLah...


Laaillahailallah

Sunday, May 16, 2010

Aku Bertanya pada IBU...

Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih
sayangnya pada orang disekitarnya...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari
kelembutannya mengatakan kebenaran...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi
dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati di tempat
berkerja, tetapi bagaimana dia di hormati di dalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap
bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati
yang ada dibalik itu...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang
dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi
dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...


Laaillahailallah

Bila lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti
insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak 'exam', ko-korikulum,
sukan...

3. 'Parents i' tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik

5. Dah masuk 'u' nanti ok le 'join' dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/KOLEJ

1. 'You' faham-faham jelah, masuk 'u' ni bukan macam sekolah. 'Study'
buku tebal-tebal, 'assigment' berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah.
Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademuk dulu. Takut nanti
dakwah entak ke mana, akademik entak ke mana.

3. Aku tengah 'tension' la...awek/pakwe aku buat hak pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah...dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil,'ok' le 'join'
dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada
motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengak muka
aku asyik menganggur je. Kalau aku 'join' dakwah, lagi teruk le kena
hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari
kecil asyik 'study study study', dah 'grad' ni 'relax' le kejap. Dakwah tu
tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah...tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler.
Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah
aku dah 'settle' problem-problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat 'down
payment' ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas 'no' hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa 'best'. Aku cadang nak kahwin
dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab
bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan,
dengan keluarga pasangan...kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah
tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia.
Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil
la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. 'Sorry' la kawan, aku
betul-betul tengah 'pack' ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje,
dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-
program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik
tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda
dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecil, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak
boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-
anak semua aku buat. Memamg aku tak boleh nak bagi masa progarm
agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah 'income'.
Baru boleh betul-betul stabil. 'Time' tu nanti insyaallah le aku boleh aktif.
Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis 'master', dapat PHD, barulah
ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak 'perfect' lagi,
tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab
sembahyang, tajwib. Dah boleh baca Quran nanti batu le sedap nak 'join'
program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang
'basic' pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. badan dah
tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat
manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le.
Nantilah pelan-pelan...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke 'nursery', ke sekolah,
petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-
jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak 'online' internet? Nak 'update' blog? Nak sertai forum? Dua minggu
sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH / ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga
tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje
la aku ni bab agama tau yang 'basic-basic' je. Rugi la kalau haji ni tak buat
elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat,
nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak
cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah...Bagilah aku rehat kejap
setahun dua , nak 'cover' balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak
juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan
jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma
belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan
jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu...diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di
rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada
sembahyang, mengaji...Betul jugak, esok kalau aku sakit ke ape ke,
diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh...hafazan aku sikit! 'Waddhuha' ke bawah pun tajwid berterabur.
Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10
minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah
70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang 'beragama' boleh dibilang dengan jari!
Kalaulah masa di 'u' dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan
banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang
mereka semuanya salam pahala untuk aku tu. Ruginya aku...


3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa
sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari
agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap
mereka aku nak jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah
macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya
mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam
dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya
berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan
pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan
dunia...ratusan orang aku ingat. Tapi kalau tuhan tnya nama ulama,
nama kitab...habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan
yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur
dengan makhluk. Af'alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma'nya aku tak
tahu nak Esakan, Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku?
Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?


Aku menyesalllll......!!!


Laaillahailallah

Berlaku Adil Kepada Anak-anak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian

i) Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT yang telah
diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan
membimbing ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan
peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad
dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang
rasa kasih sayang sesama sendiri.

iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak
tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat,
cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian,
makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak
mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi
hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang
bersifat kewajipan dan bertanggungjawab.

iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran
syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith

Rasulullah s.a.w, maksudnya :

"Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan
dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia
dimasukkan Allah ke dalam syurga." (Abu Daud & Hakim)


Laaillahailallah

Selamat Hari Guru

Sajak Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupan, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang


Laaillahailallah

Saturday, May 15, 2010

16 Kategori Manusia yang tidak dapat Menatap Wajah Allah

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang
tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini. (Orang
bersumpah palsu)

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli
kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan
dan keperitaan hidup yang dihadapi oleh mereka.

3. Orang Tua yang berzina

4. Pemerintah atau kerajaan yang suka berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

7. Pembai'ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan.

8. Penderhaka Ibu Bapa

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

10. Orang Lelaki yang Dayyuth (Dayus)

11. Pengamal Budaya Kaum Luth

12. Pengamal Seks Abnormal

13. "Al-Mannan" atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya; baik lelaki mahupu perempuan.

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh
menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh.

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong.

16. Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami.


Laaillahailallah

Cinta Vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama
kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata.
Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini
dalam hidup mereka.


Laaillahailallah

JANGAN

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Laaillahailallah

Sunday, May 9, 2010

Renungan Bersama

Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi "ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat tentang Masa, Harta, Diri dan Usia"
Masa - Kemana Kamu gunakan masa yang diberikan sepanjang kamu hidup?
Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini?
Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup ini?
Usia - Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...