Rasulullah s.a.w sedang duduk-duduk bersama Sayidina Abu Bakar 
as-Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci - hamun 
Sayidinan Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar
tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihat Sayidina 
Abu Bakar tidak bertindak apa-apa lelaki itu menjadi semakin berang.
Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu 
Bakar. Namun caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina 
Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja 
di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus 
galak dengan perangai bodohnya.
Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar 
bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. kali ini lebih hebat dan 
lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta 
bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya 
tercabar.
Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina 
Abu Bakar bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang 
pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu 
beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah! Adakah kau juga mahu 
membelaku?" 
"Tidak," jawab Rasul sepatah. "waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat 
berdiri disampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila 
engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar 
meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.
Untuk apa syaitan datang? Untuk mengapi-apikan lagi suasana yang 
sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai 
pecah dan menyerpih.
Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya :
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka 
berpaling daripadanya dan berkata; Bagi kami amal-amal kami dan 
bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul 
dengan orang-orang yang jahil." (Al-Qassas : 55)
Laaillahailallah







0 comments:
Post a Comment