Apabila perasaan anda apabila cinta anda ditolak? Dan apa perasaan bila
cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah
Yang Maha Perkasa....Allah Rabbul Jalil.
Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha
Pencipta.
1. Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak
berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat
setiap kali sebelum bertemu-Nya.
2. Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain.
Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-
cepat menjauhkan diri.
3. Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana
anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Aya-ayat cinta kau
luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya
melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda
tak kehilangan ISLAM.
5. Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya. Membela
agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang
melanggar apa yang disuruh-Nya.
Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta
anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau Yang Maha
Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup
kita ini perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang
lebih besar.
"Katakanlah (Wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi
Allah, maka ikutilah Aku, Nescaya Allah mengasihi kamu dan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihi" (Ali Imran:31)
Laaillahailallah
0 comments:
Post a Comment