Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
i) Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT yang telah 
diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan 
membimbing ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan 
peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad 
dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang 
rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak 
tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, 
cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, 
makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak
mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi
hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang 
bersifat kewajipan dan bertanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran 
syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith 
Rasulullah s.a.w, maksudnya :
"Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan 
dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia 
dimasukkan Allah ke dalam syurga." (Abu Daud & Hakim)
Laaillahailallah







0 comments:
Post a Comment