Jarang sekali kita dengar perempuan kentut kuat-kuat terutamanya bila 
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru
biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. 
Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika perempuan terkentut. Adat la 
tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata, Eh! 
Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???, Dan secara otomatik 
lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan 
menjadikan hubungan mereka semakin ceria.
Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda 
ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata, Tak senonoh la, sambil mengejek manja teman lelakinya itu. 
Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.
Jika dahulu perempuan asyik menahan kentut ketika bersama teman 
lelakinya, namun kini perempuan dengan beraninya memberitahu lelaki 
bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok,
bagaimana kentut mendidik perempuan supaya menjadi begitu tertib. 
Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.
Jika dahulu perempuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik 
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin 
mengaguminya dan semakin menghormati kerana itu adalah trademark 
teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu.
Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini 
kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan 
anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan 
hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.
Kesimpulan : 
Kentut itu membahagiakan!.Anda setuju???







Mari kita pakat kentut secara berjemaah, hehe.
ReplyDelete