Saturday, October 17, 2009

Kisah Susu Ibu

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Citer dia camni .....Al kisah pada
suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang
ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.
Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak
lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka
melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit
masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada
waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,macam mana nak
selesaikan masalah tersebut.Dia orang dah buat ujian darah dah,
malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang
sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia
dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan
setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le
doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor
Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,iaitu seorang ulama
terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum.
Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh
potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh
diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai
ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula
dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka
pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ?
Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan
seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam
susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu
yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak
lelaki tersebut Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam
Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak
lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam
soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah,
susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2
bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...