Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya 
disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini 
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah 
menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan 
dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- 
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi 
aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung 
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."
Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana 
dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak 
sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti 
seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua 
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas 
aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedang-
kan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan 
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya 
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah 
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan 
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. 
Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga 
dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat 
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang 
kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu 
ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni 
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada 
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan 
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas 
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah 
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur 
teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang 
lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir
dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis 
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. 
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah 
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada 
ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"







0 comments:
Post a Comment